Archive for the ‘Uncategorized’ Category

PERTUKARAN STAF

Wednesday, July 15th, 2009
SERAH TUGAS

SERAH TUGAS

Isnin 02/02/2009 Encik Junaidi Haji Adam Penolong Ketua Unit PTPB Sandakan telah bertukar ke  BTPN Negeri Sabah dan tempatnya digantikan oleh Puan Halimah Othman.

KARNIVAL PEMBESTARIAN SEKOLAH

Wednesday, July 15th, 2009

DSC_9484Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) sekali lagi berjaya melaksanakan Karnival Pembestarian Sekolah 2009 selepas Karnival Pembestarian Sekolah kali pertama di Kompleks Rakan Muda Ulu Jempol, Bahau, Negeri Sembilan pada tahun 2008.

Pada tahun 2009 Karnival Pembestarian Sekolah telah diadakan di SMK Agama Sandakan dari  10 hingga 12 April 2009. Karnival pada kali ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg.  Datuk Hj. Kamaruzaman bin Hj. Mohd. Nor, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Karnival ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada kalangan murid, guru, ibu bapa dan masyarakat setempat. Selain menjadi platform untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan teknologi pendidikan yang terkini terbitan KPM dan swasta secara outreach  serta program Pembestarian Sekolah,   Karnival ini telah membolehkan semua pengunjung melihat dan memperoleh pengalaman secara hands-on melalui pameran, bengkel-bengkel dan pelbagai aktiviti berasaskan teknologi pendidikan.

Kerjasama yang erat antara BTP, JPN, PPD, dan agensi-agensi tempatan serta pihak swasta  telah membolehkan penganjuran Karnival seperti ini berjalan lancar dan memberi impak yang besar kepada masyarakat khasnya masyarakat luar bandar. Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tn. Hj. Mohd. Adenan bin Deraman, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM.

Bahagian-bahagian KPM yang telah turut serta mengambil bahagian dalam Karnival ini adalah Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Bahagian Buku Teks (BBT), Bahagian Pengurusan Pelajaran Teknik & Vokasional (BPTV) dan Bahagian Sukan, Seni  dan Kokurikulum (BSSK) yang telah mempromosikan perkhidmatan dan produk Bahagian masing-masing.

BTP pula telah mempromosikan produk-produk “Pembestarian Sekolah” berbentuk bahan perisian pengajaran dan pembelajaran, bahan bercetak, bahan ICT dan perkhidmatan Penyelenggaraan ICT. BTP juga telah bekerjasama dengan Scholastic Malaysia dalam Program Galakan Membaca dengan memberi peluang kepada pengunjung membaca dan seterusnya membawa pulang buku-buku yang dibaca. Sejumlah 3000 buah buku telah diedarkan oleh Scholastic Malaysia kepada pengunjung Karnival kali ini.
 
Pihak swasta yang terlibat mempamer dan mempromosikan produk masing-masing adalah Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd. (MDEC), Goverment Integrated Telecommunications Networks (GITN), Microsoft (M) Sdn. Bhd, EduWebTV dan ASTRO. Selain itu, penyertaan syarikat-syarikat seperti GIG Technologies, HFZ Dana Usahawan,  Persatuan Radio Amatur Tuaran Sabah telah menjadikan suasana Karnival pada kali ini cukup meriah.  Agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Sandakan juga tidak ketinggalan mempamerkan sejarah PDRM dan prinsip-prinsip asas mencegah dan menanggani kegiatan jenayah. Sabah FM (RTM) teah membuka konti mereka di tapak karnival dan mendedahkan para pengunjung kepada pengetahun mengenai teknologi komunikasi masa kini dan masa hadapan. Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM) yang diketuai oleh Prof. Dr Maznah bt. Raja Hussain telah mempamer dan mengendalikan sesi perbengkelan 21st Century Learning with Web 2.0 iaitu satu kaedah mengajar menggunakan internet melalui Laman Komuniti Facebook dan Moodle Learning System.  Jabatan Kesihatan Sandakan pula telah memberi perkhidmatan percuma pemeriksaan kesihatan, bantuan kecemasan dan aktiviti menderma darah.

Karnival ini yang mana pada asalnya dijangka akan dikunjungi oleh sejumlah 3,000 pengunjung telah dihadiri oleh seramai 6,600 orang pengunjung  yang mendaftar yang terdiri daripada murid, guru, ibu bapa dan orang awam. Karnival Pembestarian Sekolah yang berikutnya dirancang akan diadakan di daerah Taiping, Perak dari 26 hingga 28 Jun 2009. 

Untuk melihat kemeriahan Karnival di SMK Agama Sandakan, sila layari URL berikut:

 

  (i) http://picasaweb.google.com/azmankob/Karnival_Sandakan3
 

(ii)

 http://picasaweb.google.com/azmankob/Karnival_Sandakan2 

(iii) http://picasaweb.google.com/azmankob/Karnival_Sandakan1

Disediakan oleh,
Azman bin Yaakob
Sektor Promosi dan Inovasi Teknologi Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan

September 2010
M T W T F S S
« Jul    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
PENGUNJUNG

Copyright © 2010 Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian Sandakan. Search Engine Optimization by Star Nine. Distributed by Wordpress Themes