PENYELENGGARAAN ICT BERASASKAN MAKLUMAT STS

Untuk makluman kepada semua sekolah daerah Semporna. Sila log masuk ke laman STS bagi mengemaskini data kerosakan peralatan ICT sekolah. Kerana penyenggaraan bagi kerosakan peralatan ICT disekolah pada tahun ini bergantung kepada maklumat yang terdapat dalam STS,

Sila klik pautan berikut untuk log masuk ke laman STS : STS LOGIN
Sila hubungi PKG untuk bantuan ataupun terus e-mail ke alamat e-mail berikut :

ft17pkgsemporna@gmail.com

Arahan Penamatan Kontrak ISP Semua Sekolah

MAKLUMAN PENTING KEPADA SEMUA SEKOLAH NEGERI SABAH

Selaras dengan arahan Bahagian Kewangan (Cawangan Bajet), Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Mesyuarat Khas KPM Bersama PPD dan JPN Sabah pada 24 November 2011, maka semua perkhidmatan rangkaian internet di semua jenis sekolah seluruh negeri Sabah hendaklah ditamatkan berkuatkuasa pada 31 Disember 2011. Sehubungan itu, semua sekolah hendaklah mengambil tindakan mengeluarkan surat notis penamatan kontrak perkhidmatan kepada pembekal-pembekal yang telah dilantik dengan mengambilkira tempoh 14 hari sebelum tarikh 31 Disember 2011. Adalah diperingatkan bahawa tidak ada sebarang ikatan kontrak baru boleh dibuat bagi perkhidmatan rangkaian internet di sekolah-sekolah bermula 1 Januari 2012. Harap Maklum.

Sumber : BTPN Sabah

Sila muat turun untuk maklumat lebih terperinci di Sini.