February 5th, 2010

 

 

 

MAKLUMAT TERKINI…!!

PENUNDAAN TARIKH SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT DAERAH SANDAKAN 2010

Photobucket

Untuk makluman, seminar yang sepatutnya akan diadakan pada 31 Julai 2010 telah ditunda kepada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

 Harap maklum..

 

 

  

MAKLUMAT TERKINI…!!

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH SANDAKAN 2010 

PhotobucketMajlis ini telah berlangsung di Dewan SJKC CHI HWA pada 17 Julai 2010. Dirasmikan oleh Timbalan Pengarah JPN Sabah, Pn. Hjh. Maimunah Hj. Suhaibul. Majlis diserikan dengan penganugerahan Tokoh Guru iaitu Encik Ahmad Ripae Bin Agil dan Tuan Hj. Tanalol Bin Liwangsa.

 

 

MAKLUMAT TERKINI…!!

TARIKH PENGISIAN DATA ONLINE SSQS TAHUN 2010

PhotobucketPERHATIAN..!!

Untuk makluman Pengisian Data Online SSQS ini akan bermula pada 19 Julai sehingga 30 Ogos 2010. Mohon kerjasama dan tindakan daripada pihak sekolah bagi melengkapkan borang manual setiap responden yang telah diedarkan untuk memudahkan pengisian data secara online.

 

MAKLUMAT SEMASA…

PENGHANTARAN LAPORAN STATUS PROGRAM NILAM 2010

PhotobucketPenghantaran Laporan Status Data Program NILAM dilaksanakan 2 kali setahun iaitu 30 Jun dan 30 November 2010. Borang Laporan boleh dimuaturun di sini :

Borang NILAM SMK & Borang NILAM SK/SJKC

 

 

GARIS PANDUAN OPERASI PELAKSANAAN PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH KPM 2010

PhotobucketUntuk rujukan sekolah- sekolah daerah Sandakan yang menerima peruntukan penyelenggaraan ICT  Tahun 2010.  Panduan ini boleh muaturun di sini…

 

 

 

 

[ iRadio ] - RADIO PENDIDIKAN ONLINE BTPN SABAH

PhotobucketAnda boleh mengikuti rancangan Radio Pendidikan BTPN Sabah melalui Internet dengan langkah-langkah berikut…

 

Seterusnya…