November 2nd, 2009

Photobucket

INFO SSQS

Bil Responden yang diperlukan – Seramai 62 Orang

Pentadbir – Pengetua / Guru Besar atau Guru Penolong Kanan Pentadbiran / Guru Penolong Kanan HEM / Guru Penolong Kanan            Ko-Kurikulum / Penyelia Petang. (Seorang)

Guru Penyelaras ICT / Guru Makmal Komputer / Guru Data . (Seorang)

Lima (5) guru bagi setiap mata pelajran BM, BI, Matematik, Sains, Sejarah / Kajian Tempatan dan Pendidikan Islam / Pendidikan Moral. (30 Orang)

Bagi sekolah (SKM) satu – dua (1-2) guru  bagi setiap mata pelajaran.

Lima (5) murid bagi setiap mata pelajran BM, BI, Matematik, Sains, Sejarah / Kajian Tempatan dan Pendidikan Islam / Pendidikan Moral. (30 Orang)

Bagi sekolah (SKM) tiga- lima (3-5) murid  bagi setiap mata pelajaran.

Masa pengisian SSQS dalam talian ialah 10.00pg hingga 4.00 ptg


Photobucket

INSTRUMEN SISTEM PEMANTAUAN PENGGUNAAN ICT (SPPICT) KALI KE 3/2010

Instrumen Sistem Pemantauan Penggunaan ICT (SPPICTS) telah ditambah baik dengan dimensi dan medan yang lebih menyeluruh. Aplikasi SPPICTS boleh diakses secara online melalui URL:

http://ssqs.moe.edu.my, http://rnd.moe.edu.my/ssqs atau http://pnp.moe.edu.my.

Pihak tuan/puan boleh melayari URL ini untuk makluman terkini atau muat turun dokumen- dokumen seperti Manual Pengguna SPPICTS bagi BTPN, PKG dan Sekolah.

Kutipan data penggunaan inisiatif ICT sekolah siri 3/2010 secara online akan dilaksanakan pada satu tarikh yang akan beritahu kemudian.

Photobucket

PENGISIAN DATA KEROSAKAN PERALATAN ICT (STS) SEKOLAH-SEKOLAH KPM

PERHATIAN

Memohon kerjasama tuan / puan untuk mengisi aduan kerosakan ICT di dalam STS secepat mungkin. Sebarang permasalahan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke STS melalui portal http://sts.moe.edu.my/. aduan juga boleh dibuat melalui talian  KPKPM 1-800-88-4774.

STS merupakan satu sistem pengurusan log masalah ICT di sekolah. segala permasalahan  ICT perlu direkodkan dalam sistem ini kerana maklumat yang diperolehi akan dijadikan asas penyenggaraan ICT yang diperlukan oleh pihak sekolah

Photobucket

PROGRAM GERAKAN TABIAT MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH

Program Gerakan Tabiat Membaca ini merupakan satu aktiviti utama Kementerian     Pelajaran Malaysia. Program ini bertujuan untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat.

Semua Pengetua dan Guru Besar diminta untuk menubuhkan Jawatankuasa Gerakan Tabiat Membaca Peringkat Sekolah. Jawatankuasa ini hendaklah membuat perancangan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Gerakan Tabiat Membaca. Aktivtiti ini termasuklah aktiviti yang diarahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah, Daerah dan aktiviti-aktiviti yang dirancang sendiri oleh sekolah. Lagi…

Get Your Own Hi5 Scroller Here

Photobucket

‘DIGITAL STORY TELLING’

Dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi penggunaan dan pembudayaan ICT di kalangan warga pendidik khasnya di negeri ini. Maka BTPN Sabah telah membangunkan sebuah portal berbentuk streaming media yang dipanggil Digital Story Telling (DST). Fungsi utama portal ini adalah sebagi pusat untuk memuatkan bahan-bahan terbitan Bahagian ini yang berbentuk video demi untuk memudahkan guru-guru mengaksesnya. Selain daripada itu, ia juga memuatkan hasilan kerja murid yang diperolehi daripada beberapa bengkel serta Festival Filem Pendidikan di negeri ini.  Portal ini boleh diakses di alamat http://www.btpnsabah.edu.my/dst/frontend_dev.php.

PhotobucketPROTEKMEDIA

PROGRAM PERLAKSANAAN SAGA ( Smart Action Golden Achievement ) JPN Sabah yang berteraskan PIPP (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan) telah disokong oleh BTPN Sabah serta memfokus kepada membestarikan Pengajaran & Pembelajaran, lalu Program Promosi Dan Galakguna Bahan Teknologi Pendidikan – [ PROTEKMEDIA] telah berperanan untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia keseluruhannya. Portal ini boleh diakses di alamat http://www.sabah.edu.my/promedia/

PhotobucketEDUWEBTV

Laman EduWebTV ini merupakan sebuah laman yang penuh dengan informasi dan bahan-bahan ilmiah yang boleh digunakan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah. Di dalam laman ini dimuatkan pelbagai jenis video yang amat sesuai untuk tontonan semua lapisan masyarakat. Laman ini boleh diakses di alamat ini http://www.eduwebtv.com/index7.php