
Penarafan SSQS 2010Posted in Berita Semasa on August 26, 2010 by ibestari Dimaklumkan bahawa penarafan SSQS akan berakhir pada 30 Ogos 2010. Semua sekolah diwajibkan untuk mengisi penarafan tersebut di portal http://ssqs.moe.edu.my. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Unit Pendidikan Bestari, BTPN Sabah di talian 088-710934 atau emel This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it . Harap maklum. SK Kem Tentera Johan Animasi KebangsaanPosted in Berita Semasa on August 20, 2010 by ibestari ![]() Pasukan SK Kem Tentera, Sandakan
SK Kem Tentera, Sandakan telah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan MSC Malaysia Digital Story Telling Through Animation With STITCH yang telah disampaikan pada 5 Ogos 2010 yang lepas. Sekolah ini telah memenangi hadiah utama pertandingan iaitu lawatan ke Disneyland Hong Kong tajaan Disney Channel Asia. Selain daripada sekolah ini, SK Gum-Gum, Sandakan yang juga menyertai pertandingan ini telah memenangi Hadiah Khas bagi Kategori Best Use of Visual Effects. Kesemua animasi finalis dalam pertandingan berkenaan akan disiarkan dalam Disney Channel dan juga ASTRO. Syabas dan tahniah.. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang BTPN SabahPosted in Berita Semasa on August 11, 2010 by ibestari ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) BTPN Sabah telah diadakan pada 6 Ogos 2010. Majlis kali ini mnyaksikan seramai 21 orang penerima APC yang terdiri daripada pegawai-pegawai BTPN Sabah dan rangkaiannya (Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian dan Pusat Kegiatan Guru). Dengan tema "1 Tekad Menuju Kecemerlangan", majlis kali ini disempurnakan oleh Y.Bhg. Datin Dr. Siti Zaleha Binti Abdullah Sani, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Syabas dan tahniah kepada para penerima. ![]() Penerima APC 2009 bersama Ybhg. Datin Dr. Zaleha Binti Abdullah Sani, Pengarah BTP, KPM dan Hjh. A. Junaidah Binti Yusuppu, KPP BTPN Sabah Briged Bestari Cyber Camp 2010Posted in Berita Semasa on July 22, 2010 by ibestari ![]() Logo BBCC yang dicipta oleh Cikgu Ahmad Rizal, guru ICTL di SMK Bandaraya, Kota Kinabalu Briged Bestari Cyber Camp 2010 (BBCC 2010) telah berjaya diadakan di SMK Bandaraya Kota Kinabalu pada 17 Julai 2010 yang lepas. Perkhemahan bersifat ICT ini telah diadakan dari jam 7.15 pagi hingga 5.00 petang bertempat di bilik Pusat Akses Sekolah dan Makmal Komputer sekolah berkenaan. Perkhemahan yang julung-julung kali diadakan di negeri Sabah ini merupakan salah satu usaha untuk memberikan pendedahan kepada murid tentang beberapa kemahiran dan pengetahuan tentang ICT. Para peserta yang ditanya berasa amat bertuah kerana terpilih mengikuti perkhemahan tersebut dan berharap agar aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang. Dalam khemah berkenaan, perkara-perkara berikut telah didedahkan dalam bentuk taklimat, bengkel dan pertandingan: |
![]() | Hari Ini | 4 |
![]() | Kelmarin | 70 |
![]() | Mingggu Ini | 4 |
![]() | Bulan Ini | 361 |
![]() | Jumlah | 14577 |
Selamat...
Posted in Berita Semasa
Penarafan...
Posted in Berita Semasa
SK Kem...
Posted in Berita Semasa
Majlis...
Posted in Berita Semasa
Briged...
Posted in Berita Semasa
|
Tag Cloud |