Project Based Learning adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang masih baru diperkenalkan di negara ini. Ia adalah satu model bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang berlainan daripada apa yang ada sekarang ini. Kaedah ini menggunakan pendekatan konstruktivisme. Kaedah pembelajaran PBL lebih tertumpu kepada pelajar, memerlukan masa untuk disiapkan, merentasi kurikulum dan memberikan pelbagai kemahiran. Perkara yang lebih ketara di sini ialah ciri-ciri PBL yang memerlukan pelajar berinteraksi dengan amalan dunia sebenar. Ini memberikan peluang dan kepada pelajar untuk memahami suatu perkara secara terperinci dan nyata. Ini merupakan ilmu pengetahuan yang sebenar, iaitu pembelajaran melalui pengalaman sebenar. Melalui PBL, pelajar menjelajah pengetahuan-pengetahuan baru, membuat pertimbangan, interpretasi serta membuat sintesis kepada semua maklumat yang telah diperoleh secara bermakna.