Feb03

Konsep Project Based Learning

Categories // Pembestarian Sekolah

21st. Century Learning

Project Based Learning adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang masih baru diperkenalkan di negara ini. Ia adalah satu model bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang berlainan daripada apa yang ada sekarang ini. Kaedah ini menggunakan pendekatan konstruktivisme. Kaedah pembelajaran PBL lebih tertumpu kepada pelajar, memerlukan masa untuk disiapkan, merentasi kurikulum dan memberikan pelbagai kemahiran. Perkara yang lebih ketara di sini ialah ciri-ciri PBL yang memerlukan pelajar berinteraksi dengan amalan dunia sebenar. Ini memberikan peluang dan kepada pelajar untuk memahami suatu perkara secara terperinci dan nyata. Ini merupakan ilmu pengetahuan yang sebenar, iaitu pembelajaran melalui pengalaman sebenar. Melalui PBL, pelajar menjelajah pengetahuan-pengetahuan baru, membuat pertimbangan, interpretasi serta membuat sintesis kepada semua maklumat yang telah diperoleh secara bermakna.

Feb01

Keputusan SSQS 2011

Categories // SSQS

 

Ketahui pencapaian Penarafan Smart School Qualification Standard (SSQS) 2011 sekolah anda di sini.

 

Jan30

Pembestarian Sekolah

Categories // Pembestarian Sekolah

Apakah itu pembestarian sekolah?

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).

 

Jan30

Sekolah 5 Bintang Negeri Sabah 2011

Categories // SSQS

Smart School Qualification Standard

a

Jan26

SAMBUNGAN TALIAN INTERNET DI SEKOLAH-SEKOLAH BAGI TAHUN 2012

Categories // 1BestariNet

School Broadband

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memutuskan bahawa semua sekolah di bawah pengurusan KPM adalah dibenarkan untuk meneruskan perkhidmatan internet dengan pembekal perkhidmatan sedia ada atau memilih mana-mana Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) lain bagi mendapatkan sambungan perkhidmatan internet di sekolah-sekolah sepanjang tahun 2012 sehingga projek Perkhidmatan 1BestariNet dilaksanakan di sekolah-sekolah. Kebenaran bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut adalah untuk tempoh interim sahaja iaitu sehingga pihak perkhidmatan 1BestariNet sedia digunakan oleh sekolah-sekolah. Harap maklum.