BORANG INISIATIF ICT 2012
-Penggantian Makmal Komputer
-Perolehan Baharu Makmal Komputer
-Pembekalan Makmal Komputer (MBMMBI)
Download Borang Inisiatif ICT
 
 
Maklumat Kerosakan LCD&SWITCH Sekolah
Download Borang Maklumat Kerosakan LCD&SWITCH Sekolah
19April

Pengumpulan Maklumat Kerosakan Switch dan Projektor LCD Sekolah

Dimaklumkan bahawa BTP sedang mengumpul maklumat kerosakan Projektor LCD dan Switch di sekolah-sekolah bagi tujuan permohonan bagi tahun 2012 untuk semua sekolah di negeri ini. Sehubungan itu, semua sekolah dikehendaki untuk mengisi borang maklumat kerosakan LCD dan Switch dan hendaklah dikembalikan pada atau sebelum 26 April 2012. Borang yang lengkap hendaklah dihantar melalui emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. . Keprihatinan pihak sekolah dalam hal ini amat diharapkan diucapkan ribuan terima kasih.

Download Borang Maklumat Kerosakan LCD dan Switch  di sini.

 

Posted in Penyenggaraan ICT

04April

Kajian Set Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang menjalankan KAJIAN SET KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) GURU DAN MURID. Kajian ini bertujuan untuk meninjau kemahiran TMK dalam kalangan guru dan murid. Sehubungan itu, kerjasama tuan/puan amat diharapkan untuk menjawab SEMUA soalan yang terkandung dalam soal selidik yang disediakan dengan ikhlas dan jujur. Segala maklumat yang diberikan adalah SULITdan hanya digunakan bagi tujuan kajian ini sahaja. Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan kajian ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

1. Set Kemahiran Guru Dalam Perkhidmatan

2. Set Kemahiran Guru Pra Perkhidmatan

3. Set Kemahiran Murid Menengah Atas

4. Set Kemahiran Murid Menengah Rendah

5. Set Kemahiran Murid Sekolah Rendah

Posted in Pembestarian Sekolah

03April

Download Lampiran 7 dan 8

Penyelenggaraan Peralatan ICT

Aktiviti penyelenggaraan peralatan ICT sedang dilaksanakan di sekolah-sekolah bagi tahun 2012. Bagi sekolah-sekolah yang terlibat tahun ini, sila download Lampiran 7 dan Lampiran 8 bagi tujuan pelaporan. Semua lampiran ini hendaklah dihantar ke BTPN Sabah/PTPB pada setiap 3hb, emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .

Posted in Penyenggaraan ICT

02April

Gangguan Server STS

Dimaklumkan bahawa terdapat gangguan server Support Ticketing System (STS) menyebabkan aplikasi STS tidak boleh diakses buat masa ini. Makluman akan dibuat apabila aplikasi STS beroperasi semula. Harap maklum.

KEMASKINI: 2.00pm - Aplikasi STS sudah beroperasi semula. Harap maklum

Posted in STS

02April

Sebut Harga Penyenggaraan ICT Sekolah 2012

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat/pembekal yang telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (Perbandaharaan Malaysia Sabah) di bawah kod bidang (210101, 210102 atau 210103, 210106) bagi sebut harga berikut:

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENYENGGARAAN ICT SEKOLAH 2012 (MENYENGGARA DAN MENGUJI LARI PERALATAN ICT SEKOLAH)

Tarikh Buka: 2 April 2012

Tarikh Tutup: 10 April 2012, jam 12.00 tengah hari

Taklimat Penyebutharga: 5 April 2012, jam 2.30 petang di BTPN Sabah, Lorong Sahabat, Off Jalan Penampang Lama, Penampang. Kehadiran adalah wajib.

Borang-borang sebut harga boleh diperolehi di:

1. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah (Sekolah-sekolah di bawah BTPN Sabah)

Lorong Sahabat, Off Jalan Penampang Lama, Penampang.

2. Pusat Teknologi Pendidikan (Sekolah-sekolah di bawah Bahagian)

    - Kota Kinabalu

    - Beaufort

    - Kota Belud (Pantai Barat Utara)

    - Keningau

    - Sandakan

    - Tawau

Rujuk alamat dan telefon di Bahagian di sini.

Posted in Makmal Komputer

02April

Island Pearl Project: Pusat Inovasi Mata Pelajaran Bahasa Inggeris

ISLAND PEARL PROJECT (IPP) dibangunkan untuk dijadikan sebagi satu pusat yang memuatkan hasil-hasil kajian tindakan dan inovasi khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Inggeris. Selain daripada berfungsi sebagai pusat koleksi, ia juga diharap akan menjadi pusat perkongsian untuk guru-guru dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi pencapaian mata pelajaran Bahasa Inggeris di negeri Sabah. Semua guru yang berminat juga adalah dijemput menghantar bahan untuk dimuatkan di ruang ini. Lawat Island Pearl Project..

Posted in Island Pearl Project

30March

Mesyuarat Kelab Guru Penyelaras Bestari KK

Pada 30 Mac 2012, Kelab Guru Penyelaras Bestari (GPB) Daerah Kota Kinabalu telah mengadakan mesyuaratnya di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Kota Kinabalu. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Cikgu Seng Kok Liong dari SMK Bandaraya Kota Kinabalu ini antaranya membincangkan peranan GPB untuk membantu sekolah-sekolah ahli mempertingkatkan lagi pencapaian dalam penarafan SSQS. Timbalan pengerusi kelab ini ialah Cikgu Mohd. Adie Halim dari SK Tanjung Aru 1, Kota Kinabalu. Turut hadir ialah Encik Azlan Bin Umpai, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kota Kinabalu.

Sumber: Laman PKG Kota Kinabalu

Posted in Guru Penyelaras Bestari

23March

SSQS 2012.Anda Sudah Bersedia...?

Smart School Qualification Standard

 

PENARAFAN SSQS 2012 akan diadakan sekitar bulan Ogos 2012. Penarafan yang diadakan pada setiap tahun ini bertujuan untuk melihat tahap kebestarian sekolah melalui pemberian bintang. Tahap yang paling tinggi ialah 5 Bintang, bagaimanapun mana-mana sekolah yang mencapai 3 - 5 Bintang sudah dianggap telah mencapai tahap bestari. Pencapaian bintang sekolah pada tahun 2011 boleh disemak di sini. Antara objektif SSQS adalah:

1. Meningkatkan penggunaan ICT di sekolah-sekolah.
2. Membina satu sistem pengukuran pengintegrasian ICT dalam pengurusan dan pentadbiran serta dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Menyediakan aras untuk menyediakan perancangan dan pembangunan dasar.
4. Sebagai pemangkin perubahan pendidikan.
 

Panduan tentang pelaksanaan SSQS boleh dimuat turun di sini. Bagi pelaksanaan pembestarian di sekolah-sekolah, GPB/GICT dan GPM/Guru PSS amat penting sebagai penyelaras dan peneraju utama (lead user). Selain daripada itu, kerjasama daripada semua pihak juga penting demi untuk mempertingkatkan pembestarian sekolah secara keseluruhannya.

Posted in SSQS

21March

Bengkel Laman Sesawang Sekolah Daerah Tawau

Pada 13 - 14 Mac 2012 yang lepas Pusat Kegiatan Guru Tawau (PKG) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Tawau telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Laman Sesawang untuk sekolah-sekolah di daerah Tawau. Bengkel selama dua hari ini telah dihadiri oleh 49 orang Juruteknik Komputer sekolah yang merupakan pentadbir laman sesawang sekolah masing-masing. Melalui pembangunan laman sesawang ini, masyarakat khasnya masyarakat sekolah dapat mengetahui secara terus dan lebih dekat tentang perkembangan di sekolah masing-masing.

Posted in Laman Web

19March

Sebut Harga Rangkaian Internet

Tawaran adalah dipelawa kepada penyebut harga yang berwibawa dan berkeupayaan dalam bidang perkhidmatan seperti di bawah serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 210106 (Networking Product and Services) bagi sebut harga  berikut :

 

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN RANGKAIAN INTERNET BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI SABAH

 

Tarikh Tutup: 23 Mac 2012

 

Borang boleh didapati di:

Pejabat Am,

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah,

Lorong Sahabat, Off Jalan Penampang Lama,

89500 Penampang.

Tel: 088-710934

Posted in Internet Sekolah

09March

Keputusan Penuh Pemilihan Tokoh NILAM Negeri Sabah 2012

nilai ilmu amalan membaca

Berikut adalah keputusan penuh pemilihan Tokoh NILAM peringkat Negeri Sabah 2012 yang telah diadakan pada 5 - 8 Mac 2012 di SMKA Agama Sandakan. Majlis penutupan pula telah diadakan di Dewan Sri Libaran Sandakan pada 8 Mac 2012.

A. KATEGORI SEKOLAH RENDAH BANDAR
Pertama: Arni Nazeha Bt Azahar, SK St. Mary Convent, Sandakan
Kedua: Nur Alya Hananni Roslan, SK Sri Gaya, Kota Kinabalu
Ketiga: Nur Fatihah Bte Hassan, SK Bandar 1, Tawau

Posted in NILAM

07March

iRadio Online NILAM@Sandakan 2012

Majlis Perasmian Penutupan Karnival NILAM Peringkat Negeri Sabah di Sandakan pada 8 Mac 2012, jam 9.00 pagi boleh diikuti melalui Radio Online BTPN Sabah dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

LANGKAH 1:

1. Download Winamp Lite (pemain audio) di http://www.afterdawn.com/software/audio_video/media_players/winamp_v5_lite.cfm

2. Install Winamp

3. Kli Add URL dan masukkan URL ini: http://www.btpnsabah.edu.my:8000

4. Double klik URL tersebut dalam paparan Winamp.

 

LANGKAH 2:

Taip alamat http://www.btpnsabah.edu.my:8000 di browser dan tekan enter.

Satu pemain kecil akan wujud di skrin komputer anda.

 

LANGKAH 3:

1. Buka Window Media Player

2. Klik File, Add URL

3. Masukkan alamat http://www.btpnsabah.edu.my:8000 dan tekan enter.

 

NOTA:

Kestabilan radio dan video streaming ini bergantung kepada connection anda dan juga kekuatan broadband yang kami gunakan.. :)

Selamat Mendengar

Membaca Gaya Wawasan

NILAM

 

 

Posted in NILAM

07March

Pautan Video Stream NILAM@Sandakan 2012

Siaran langsung Majlis Perasmian Penutupan Karnival NILAM Peringkat Negeri Sabah 2012 boleh diikuti melalui alamat berikut:

http://www.ustream.tv/channel/nilam-sandakan

Posted in NILAM

iRadio

Project Based Learning

Mutiaraku