Posted in Berita Semasa on July 18, 2010 by ibestari
Makluman kepada semua sekolah di negeri Sabah bahawa penarafan SSQS tahun ini akan diadakan mulai 19 Julai 2010 - 30 Ogos 2010. Penarafan ini akan dilaksanakan secara online yang boleh dicapai di alamat http://ssqs.moe.edu.my. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini bolehlah dikemukakan terus kepada Unit Pendidikan Bestari, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah atau berhubung dengan Pegawai Teknologi Pendidikan di Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian atau Pusat Kegiatan Guru di daerah masing-masing.
Posted in Berita Semasa on July 12, 2010 by ibestari
Dimaklumkan bahawa tarikh tutup kutipan data Fasa 2 SPPICTS telah dilanjutkan sehingga 16 Julai 2010 (Jumaat). Harap maklum
Posted in Berita Semasa on July 09, 2010 by ibestari

Dimaklumkan bahawa kutipan data SPPICTS fasa kedua akan berakhir pada 9 Julai 2010. Bagaimanapun masih banyak sekolah yang belum lagi mengisi data tersebut. Oleh itu, Bahagian ini memohon agar semua sekolah yang masih belum mengisi data tersebut supaya berbuat demikian sehingga 9 Julai 2010. Segala kerjasama daripada tuan/puan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan di talian 088-710934.
Posted in Berita Semasa on July 07, 2010 by ibestari

Paparan depan login iSSQS
Sukacita dimaklumkan bahawa bagi memudahkan guru-guru membuat perekodan penggunaan ICT setiap hari, BTPN Sabah telah menyediakan satu database bagi tujuan berkenaan yang dikenali sebagai iSSQS. Database penggunaan ICT harian ini adalah selaras dengan borang yang digunakan dalam penarafan SSQS. Oleh itu semasa mengisi borang penarafan SSQS, semakan penggunaan ICT harian boleh dibuat dalam iSSQS. Bagi pendaftaran dalam aplikasi database ini sila emel perkara berikut kepada
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
:
Posted in Berita Semasa on July 07, 2010 by ibestari
Seminar SSQS telah diadakan di Daerah Tawau pada 29 Jun 2010 dan Daerah Sandakan pada 2 Julai 2010.

Rumusan Seminar SSQS oleh Tuan Hj. Shariff Mahada B. Shariff Attar, PPD Sandakan