|
Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikan panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran diberi tidak terhingga
Jadi rakan pembaca juga capai jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi
NILAM, NILAM, anugerah NILAM
Menerangi jalan suram
NILAM, NILAM, anugarah NILAM
Idaman Pembaca Jaya
Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca NILAM kita
Dunia indah sekali pasti berseri
Amalan membaca menjana minda bestari
Penggunaan Kampus ASTRO dalam P&PPosted in Pembestarian on February 20, 2010 by ibestari
Penggunaan TV dalam bilik darjah merupakan satu cara P&P yang menarik kerana ia melibatkan banyak deria. Dalam teori pembelajaran, penggunaan lebih banyak deria akan memberikan kesan yang lebih tekal. Berdasarkan kajian dalam pemerolehan pengetahuan berdasarkan deria, sebanyak 83.0% akan diperolehi melalui penglihatan dan 11.0% pula akan diperolehi melalui pendengaran. Pelaksanaan Kampus Astro merupakan salah satu inisiatif untuk mempelbagaikan kaedah dan rangsangan P&P di dalam bilik darjah untuk mempertingkatkan keberkesanan P&P. ![]() Membaca membawa kejayaan Tarikh
21.2.2010 hingga 25.2.2010
Tempat
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah
Lorong Sahabat, Off Jalan Penampang Lama
89500 Penampang
Tel: 088-710934
Pendaftaran
Tarikh: 21.2.2010
Masa: 2.00 pm - 6.00 pm
Tempat: Bilik Orkid
![]() NILAM
Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah dan Persatuan Perpustakaan Sekolah Negeri Sabah akan mengadakan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri semasa Program Karnival NILAM Negeri. Karnival ini akan diadakan di BTPN Sabah, Penampang pada 21 Februari hingga 25 Februari 2010. Selain daripada Pemilihan Tokoh NILAM Negeri, Kem Penulis Muda Peringkat Negeri juga akan turut diadakan semasa karnival berkenaan. Pertanyaan lanjut tentang perkara ini bolehlah berhubung terus dengan PTPB atau Unit Pengurusan Pusat Sumber di talian 088-710934. Antivirus KasperskyPosted in Berita Semasa on February 12, 2010 by ibestari ![]() kaspersky Open Security Makluman kepada semua sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia/Bahagian Teknologi Pendidikan telah membekalkan perisian Antivirus Kaspersky Open Space Security kepada semua sekolah. Tempoh lesen yang diberikan adalah selama setahun. Sila dapatkan CD di PKG daerah masing-masing. Antivirus ini boleh diinstall kepada semua PC dan Notebook di sekolah kecuali Notebook Fasa 6 PPSMI. Bagi Notebook fasa ini, sila berhubung terus dengan pihak MIMOS melalui talian 1800-88-2511 (sediakan Kod Sekolah dan Serial Notebook sebelum berhubung). |
![]() | Hari Ini | 5 |
![]() | Kelmarin | 70 |
![]() | Mingggu Ini | 5 |
![]() | Bulan Ini | 362 |
![]() | Jumlah | 14578 |
Selamat...
Posted in Berita Semasa
Penarafan...
Posted in Berita Semasa
SK Kem...
Posted in Berita Semasa
Majlis...
Posted in Berita Semasa
Briged...
Posted in Berita Semasa
|
Tag Cloud |