Dalam menghadapi penilaian SSQS yang dijangka akan dibuat pada bulan Julai 2010 ini, BTPN Sabah telah menyediakan satu aplikasi yang dikenali sebagai iSSQS - Sistem Pemantauan Persediaan SSQS. Sistem ini merupakan satu kemudahan kepada sekolah untuk memasukkan semua data tentang penggunaan ICT di sekolah terutama sekali yang melibatkan penilaian SSQS. Antara kemudahan dalam sistem ini adalah seperti maklumat dan laporan tentang penggunaan ICT semua guru di sekolah, Modal Insan, Aplikasi, Keputusan Semasa SSQS sekolah, penyimpanan rekod tentang penggunaan ICT bagi setiap guru di sekolah dan sebagainya. Bagi sekolah-sekolah yang berminat untuk menggunakannya, GPB boleh menghubungi Unit Pendidikan Bestari, BTPN Sabah untuk mendapatkan ID sekolah di talian 088-710934 atau emel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .


issqs3








Sistem Pemantauan Persediaan SSQS


















