
Dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan akan melaksanakan pungutan data penggunaan ICT di sekolah bermula pada 21 Mac 2010 hingga 09 April 2010. Semua sekolah dikehendaki untuk mengisi borang pungutan data ini secara online yang boleh diakses melalui tiga pusat pungutan data iaitu;
1. http://ssqs.moe.edu.my
2. http://rnd.moe.edu.my/ssqs
3. http://pnp.moe.edu.my
Terdapat lapan medan inisiatif ICT yang dikenalpasti untuk dipantau dan dinilai pada tahun ini, iaitu:
1. Capaian internet.
2. Pusat Akses Sekolah
3. Makmal Komputer
4. EduWebTV
5. Peralatan PPSMI
6. Perisian Kursus Pendidikan
7. ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran
8. Perkongsian Pintar
Pungutan data yang kedua akan dilaksanakan pada 20 Jun 2010 hingga 09 Julai 2010 manakala pungutan data yang ketiga akan dilaksanakan pada 19 September 2010 hingga 08 Oktober 2010. Kerjasama pihak sekolah dalam hal ini amat diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.








Pungutan Data Penggunaan ICT Sekolah: Pungutan 1















