
NILAM
Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah dan Persatuan Perpustakaan Sekolah Negeri Sabah akan mengadakan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri semasa Program Karnival NILAM Negeri. Karnival ini akan diadakan di BTPN Sabah, Penampang pada 21 Februari hingga 25 Februari 2010. Selain daripada Pemilihan Tokoh NILAM Negeri, Kem Penulis Muda Peringkat Negeri juga akan turut diadakan semasa karnival berkenaan. Pertanyaan lanjut tentang perkara ini bolehlah berhubung terus dengan PTPB atau Unit Pengurusan Pusat Sumber di talian 088-710934.
Pemilihan Tokoh NILAM Negeri
Tujuan Pemilihan Tokoh NILAM Negeri ini adalah untuk memberikan pengiktirafan kepada murid-murid yang telah berjaya menyertai Program NILAM sepenuhnya dan untuk memilih calon tokoh NILAM negeri ke Anugerah NILAM Kebangsaan yang akan diadakan pada 16 Mac hingga 21 Mac di BTPN Selangor. Kategori-kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
a. Kategori Sekolah Rendah Bandar
b. Kategori Sekolah Menengah Bandar
c. Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar
d. Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar
e. Kategori Sekolah Rendah Pedalaman
DUA orang tokoh akan dipilih iaitu:
a. Tokoh NILAM Negeri Kategori Sekolah Rendah
b. Tokoh NILAM Negeri Kategori Sekolah Menengah
Pencalonan tokoh NILAM ke peringkat negeri bagi 5 kategori di adas adalah dari Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian. Tarikh tutup penghantaran senarai calon tokoh NILAM negeri ke BTPN Sabah adalah pada 12.02.2010.
Kem Penulis Muda
Bagi aktiviti Kem Penulis Muda pula, setiap Bahagian akan menghantar 6 peserta yang terdiri daripada 3 peserta daripada sekolah rendah dan 3 lagi daripada sekolah menengah. Kesemua peserta ini adalah terdiri daripada murid-murid Tahun 6 dan Tingkatan 5 yang terlibat secara langsung dalam Program NILAM dan sidang redaksi serta penerbitan di sekolah. Tarikh tutup penghantaran nama peserta ke BTPN Sabah adalah pada 12.02.2010.








Pemilihan Tokoh NILAM Negeri















