“Teachers will need to change their role in the electronic classroom from being information providers to counselors to help students develop know how and judgment to select information sources. Key to success in the Information Age will be making the right judgements between an awesome array of choices” (Tun Mahathir Mohamed,1996).

Pembentangan hasil kerja murid
Project Based Learning (PBL) adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang masih baru diperkenalkan di negara ini. Ia adalah satu model bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang berlainan daripada apa yang ada sekarang ini. Kaedah ini menggunakan pendekatan konstruktivisme. Kaedah pembelajaran PBL lebih tertumpu kepada pelajar, memerlukan masa untuk disiapkan, merentasi kurikulum dan memberikan pelbagai kemahiran. Perkara yang lebih ketara di sini ialah ciri-ciri PBL yang memerlukan pelajar berinteraksi dengan amalan dunia sebenar. Ini memberikan peluang dan kepada pelajar untuk memahami suatu perkara secara terperinci dan nyata. Ini merupakan ilmu pengetahuan yang sebenar, iaitu pembelajaran melalui pengalaman sebenar. Melalui PBL, pelajar menjelajah pengetahuan-pengetahuan baru, membuat pertimbangan, interpretasi serta membuat sintesis kepada semua maklumat yang telah diperoleh secara bermakna. Pertanyaan lanjut tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran ini boleh dikemukakan terus kepada Unit Pendidikan Bestari, BTPN Sabah. Buku tentang panduan pelaksanaan PBL pula boleh didownload di sini.
- c. Laporan Pelaksanaan Projek Rintis Project Based Learning BTPN Sabah 2007

Pembentangan hasil kerja murid secara forum

Pembentangan yang menarik ala saintis muda

Pembentangan oleh murid sekolah rendah








Project Based Learning















