Digital Storytelling adalah satu kaedah penyampaian cerita dengan menggunakan komputer. Melalui kaedah ini, pelajar belajar membuat papan cerita dan skrip, teknik penggambaran dan penggunaan kamera video, menyunting video serta mengolah cerita. Outputnya pula merupakan satu olahan cerita dalam bentuk format digital.

Murid sedang menyunting bahan DST

Menyunting video merupakan satu kemahiran
Kemahiran dalam bidang ICT merupakan salah satu kemahiran asas yang perlu bagi pelajar dalam menghadapi cabaran kehidupan abad ke-21 ini. Oleh itu, kemahiran ini perlu ditanam sejak di sekolah lagi bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran ini. Melalui penggunaan digital story telling dalam pengajaran dan pembelajaran ini, pelajar bukan sahaja boleh menguasai bidang ICT dan seni tetapi juga dapat membentuk disiplin dan keberanian serta tanggungjawab untuk membuat keputusan. Pendedahan kemahiran ICT seperti ini penting kerana kerjaya dalam bidang multimedia seperti ini terbentang luas.








Digital Story Telling















